Monday, 29 June 2015

Pelaburan

IKHLASlink Secure Takaful 

IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan Takaful komprehensif yang berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala yang menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua perlindungan dan pelaburan. Pelan ini menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama yang antaranya seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Selain itu, anda hanya perlu menyertai pada satu jumlah Sumbangan Takaful bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh.

 

IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus

Pelan ini adalah pelan berkaitan pelaburan dengan sumbangan tunggal yang menyediakan peluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful. Anda boleh bermula dengan sumbangan tunggal sekali gus dan penambahan pelaburan pada bila–bila masa bagi merebut peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus

Ia adalah pelan berkaitan pelaburan di mana sumbangan adalah berkala yang menawarkan dua dalam satu manfaat; iaitu perlindungan takaful komprehensif terhadap kejadian tidak dijangka dan potensi pertumbuhan pelaburan jangka panjang pada masa yang sama Ianya adalah pelan ideal yang memberi perlindungan kekayaan dan memenuhi keperluan mengumpul kekayaan pada masa yang sama.

Sunday, 28 June 2015

Takaful Ikhlas terima anugerah

26 May 2015

SINAR HARIAN
Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) memenangi pengiktirafan Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2015 daripada Global Banking & Finance Review buat kali kedua.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab LatifF Abu Bakar berkata, anugerah tersebut membuktikan bahawa produk Takaful Ikhlas adalah setanding dengan syarikat­syarikat pengendali takaful terkemuka di Malaysia yang bergiat aktif.
"Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan ini kerana dapat mengukuhkan lagi keyakinan para pelanggan terhadap Takaful Ikhlas, selain memberi dorongan kepada lebih 400 kakitangan dan 5,000 ejen kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan kami.
"Sejak 13 tahun lalu, kami berjaya mengukuhkan kehadiran dalam menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam berasaskan konsep Takaful yang menekankan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama di kalangan para pesertanya," katanya melalui satu kenyataan media, semalam.
Ab Latiff juga berkata, Takaful Ilchlas sentiasa merangka pelbagai pelan perniagaan agar peranan dan tanggungjawab asasi syarikat untuk menyebar luas muamalat Islam di negara ini dan juga peringkat global.
"Kami sentiasa menawarkan produk­produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi Takaful Ikhlas," katanya.